
Alhamdulillah, hasil dari sokongan tuan/puan, pelajar di sini sangat gembira dan bahagia dapat meneruskan pembelajaran mereka.
Banyak dari hasil infaq tuan/puan kami manfaatkan untuk baik pulih madrasah dan biayai makan minum pelajar.


Di atas ini adalah lakaran bangunan Maahad Tahfiz Al-Fadilah. Sejak tahun 2019, bangunan ini telah menjadi tempat tinggal dan tempat belajar untuk lebih :
- 90 orang pelajar perempuan
- anak-anak yatim menghafaz Al-Quran.
- asnaf yang menghafaz Al-Quran.
Namun kini, rumah ini bakal dijual, dan kami mungkin perlu keluar dalam masa 6 bulan jika tidak cukup dana untuk membelinya.
SEJARAH RUMAH INI
Rumah ini telah diubah suai dengan kos lebih RM100,000 – kini lengkap dengan:
- Bilik kelas
- Ruang solat
- Dapur selesa
- Bilik air mencukupi
- Asrama pelajar
Namun, kami masih menyewa di sini. Tuan rumah sudah membuat keputusan untuk menjualnya dengan harga RM500,000.

Kami ingin membeli rumah ini secara kekal untuk pelajar-pelajar hafizah MATAF, agar mereka tidak perlu berpindah-randah lagi, dan boleh fokus untuk:
- Menghafal Al-Quran
- Memahami & mengamalkan isi kandungannya
- Menyebarkan ilmu kepada masyarakat
SASARAN DANA: RM500,000
Kos ini merangkumi:
- Harga rumah semasa
- Kos guaman & dokumentasi
"Keluarkanlah sedekah, kerana sedekah itu membebaskan diri dari neraka."
(HR At-Thabrani)

Tuan rumah hanya memberi tempoh 6 bulan untuk kami mengumpul dana.
Jika gagal, rumah ini akan dijual kepada pihak lain dan anak-anak hafizah ini terpaksa mencari tempat baru, bermula dari kosong semula.
"Jangan biarkan anak-anak ini kehilangan tempat berlindung dan menimba ilmu."
Ayuh, kita berkongsi rezeki demi memastikan anak-anak tahfiz ini terus mendapat suasana belajar yang selesa, selamat dan tenang, agar mereka dapat terus menghafaz, memahami, dan menyebarkan Al-Quran.
MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK

Bagaimana Anda Boleh Bantu?
Kalau 10,000 orang bantu hanya RM50 seorang, rumah ini akan jadi milik penuh MATAF, insha Allah. Kami boleh lakukan renovasi untuk memuatkan lebih ramai pelajar tanpa perlu risau ia dijual kepada pihak lain.
Anda juga boleh memilih mana-mana pakej infaq mengikut kemampuan anda:
PAKEJ FIRDAUSI - RM 1,000 ( 20 LOT )
PAKEJ JANNAH - RM 500 ( 10 LOT )
PAKEJ SAKINAH - RM 300 ( 6 LOT )
PAKEJ RAHMAN - RM 100 ( 2 LOT )
PAKEJ IHSAN - RM 50 ( 1 LOT )
PAKEJ IKHLAS - SEIKHLAS HATI
Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan ke akaun berikut:

Hasil daripada rezeki tuan puan kongsi inilah yang akan membantu mereka untuk meneruskan hafalan serta pembelajaran mereka di madrasah ini.
Selain itu, bangunan ini juga yang akan digunakan buat beribadah serta menyampaikan dakwah kepada mayarakat.
Masha Allah, untuk setiap kebaikan yang dilakukan akan mengalir pahala berterusan buat tuan puan. Jutaan terima kasih diucapkan buat tuan puan yang sudi berkongsi rezeki dan menyumbang buat pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz di sini. Mereka ini akan menjadi saksi terhadap amal sedekah tuan puan di akhirat kelak di hadapan Allah SWT.
